
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Siaw Chow Jin, Pengarah Eksekutif Nirvana Memorial Park (Kuching) Berhad kerana menyampaikan jemputan kepada Albert Wong Tuong Chui, Presiden Persatuan perkhidmatan Komuniti Pekak Sarawak dan ahli-ahlinya semasa Majlis Malam Ulang Tahun & Pengiktirafan Ejen Nirvana Memorial Park (Kuching) Berhad kali yang ke-25 di RAIA Hotel & Convention Center, Kuching pada 20 Julai 2024 (Sabtu).
Juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Nirvana Memorial Park (Kuching) Berhad kerana menyumbang wang sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Perkhidmatan Komuniti Pekak Sarawak.
Kami menyediakan aktiviti permainan yang menyeronokkan berkaitan Budaya Pekak untuk dinikmati oleh tetamu semasa bermain.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Nirvana Memorial Park (Kuching) Berhad dalam usaha mereka.

